Thursday, September 1, 2011 0 comments By: Eyan YanNa

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sempena bulan baik dan hari baik ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf segala khilaf dan salah, zahir dan batin. Selamat HAri RAya Aidilfitri :)


Sunday, August 7, 2011 0 comments By: Eyan YanNa

Misi Apam Polkadot

Sekarang ni macam-macam yang ada corak dot-dot. Orang panggil "polkadot", skang tengah glamour fesyen polkadot. Cantik jugak tgk baju kurung polkadot. Tapi bukan nk citer pasal fesyen polkadot. Tapi nak cite pasal apam polkadot.Haha.

Alhamdulillah misi mengapam polkadot berjaya jugak akhirnya. Setelah sekian lama aku mengidam sangat nak memolkadot. Hasilnya tidak menghampakan. Yeye jadi.. sangat chumell apam polkadot, tapi aku nyer apam x comel sgt, sebab kemahiran molkadot ku belum baik lagi... hehe. Aku wat filling rosselle. Aku wat gabungan warna merah, kuning dan putih. Warna bendera selangor tu, almaklumla anak jati selangor la kata kan hehe. Sori xdapat nak tampal gambar apam polkadot aku  sebab gambar dr handset aku xleh transfer, sedey betol.. aku xtau nape.. sob..sob.. hehe so just imagine jela ek, or kalu nak tau apam polkadot tu mcm mana search jer ngan mr.Google ek haa..

Sape-sape nak cube meh la try...
Sumber sini
Bahan-bahan:

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling ikut citarasa masing, strawbery@coklat@kaya (tapi aku wt roselle)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
selamat mencube :)
Saturday, July 30, 2011 2 comments By: Eyan YanNa

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.. apa khabar sumer? Terutamanya kepada cik siti hehe, harapnya kalian sihat2 belaka la yer. Sekejapnye masa berlalu, tup tup Ramadhan menjelma kembali, selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Di harap dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat lah kite guna sebaiknya dalam meningkatkan amal ibadah kita, insyaAllah. Amin...

Jumaat lepas, merupakan jumaat terakhir sebelum bulan ramadhan, jadi cikgu2 belah petang buat potluck, banyak sangat makanan, pelbagai jenis makanan ada seperti nasi, lauk-pauk, makaroni, spagetti, dessert, kek, koktail, buah n mcm2 lg.. Pesta makan, aku mkn xder la bnyak 4 kali round jer haha, tu belum lg ulang-alik amik dessert n buah, haishhh macam mana nak kurus ni.. abis diet aku, da x ingat.. da lama aku x diet..huhu.. abesh2.. aku mkn smpai kekenyangan.. sgt xbagus ek, jgn tiru mcm aku, masuk kelas pn da raser x larat coz tlalu kenyang, moral of d story jgn mkn byk nnti xlarat nak wat ape, nk ckp pn da xlarat huhu.. Buat ingatan jugak nnti bln puasa masa buka mkn ala kadar jer.. jgn melantak, biler da kenyg sgt nak terawih pn jd malas.. (mgingatkan diri sendiri jugak) haha..

Akhirulkalam Selamat Berpuasa, jadikan Ramadhan ini lebih baik dari sblmnya Amin... (^_^) V
Wednesday, July 13, 2011 0 comments By: Eyan YanNa

Happy Birthday to me..

Lamanya tidak berblog.... Huhu.. xder idea nak menulis ape.. lagi pun ni blog syok sendiri jer.. Terima kasih kepada sape2 yang sudi menjengah ke sini. Pada 11 Julai yang lalu... Tarikh ape tu? My birthday la.. hehe.. Cume kesempatan ni nak ucap terima kasih atas ingatan, doa dan ucapan kawan2. Thanks a lot and i very appreciate that.. Terima kasih kepada ibu bapa saya yg selama ini yg telah mengasuh dan mendidik dalam 25 thn ini.. (Waa da suku abad da umur ku) Jasa kalian akan ku kenang smpai bile2....

sekadar gmbr hiasan hehe
Sunday, May 29, 2011 1 comments By: Eyan YanNa

Saya Mahu Kurus

Adakah saya gemuk? Kalau ikutkan kiraan BMI berat badan dan tinggi da ok stabil.. Tp still xpuas ati dgn berat saya. Huhu, manusia tak pernah puas.. Saya cuma ingin turunkan berat badan sedikit, bgus untuk kesihatan. Tadi timbang berat, masa saya tengah timbang tu kebetulan ada orang lalu, die leh sempat baca saya punya hasil timbangan berat smbil tegur, "......kg takper xberat sgt.."  huhu malu nyer saya, terus turun dr penimbang tu..
kali ni saya bertekad saya mahu kurus, oleh itu saya perlu mendisiplinkan diri saya kali ini.. please..


kalu nak kurus, jom sama-sama kite amalkan petua nih.. 




1. Kekuatan Air. Kita semua telah mendengar bahwa kita harus minum lapan sampai sepuluh gelas air sehari. Tapi apakah Anda menyadari bahwa dengan minum segelas air sebelum Anda menyantap makanan dapat mengurangi nafsu makan Anda? Anda akan memiliki waktu yang sulit makan terlalu banyak karena perut Anda sudah penuh air. cara melangsingkan tubuh ini mudah bukan? hanya dengan minum air terlebih dahulu sebelum makan.
2. Jika anda biasa makan pada malam hari, di situlah masalahnya karena hampir dijamin bahwa apapun yang Anda makan di malam hari akan ditambahkan pada sebagai tambahanberat badan karena Anda tidak akan punya waktu untuk bekerja di luar kalori yang dikonsumsi. Jadi solusi untuk menangkal kelaparan di malam hari adalah minum secangkir teh favorit Anda di sore hari untuk mempertahankan perasaan penuh.
3. Menahan diri pada kebiasaan yang buruk. Ini membuktikan bahwa jika Anda mendapatkan keinginan besar untuk mengatakan pizza atau es krim atau apa pun yang membuat kalori makan Anda bertambah. Salah satu langkah terbaik yang dapat Anda lakukan adalah memberikan diri Anda 15 menit untuk menyangkal sinyal lapar.
4. Makan lebih sering. Dengan makan 5-6 kecil menengah makanan per hari, metabolisme Anda untuk membakar kalori lebih cepat dari yang Anda lakukan dibandingkan makan tiga kali sehari. konsep membakar kalori lebih cepat ini penting untuk melangsingkan tubuh dengan cepat.
5. Makan Banyak di Pagi Hari.Terutama di Negara seperti Indonesia, rata-rata mereka menghabiskan makanan lebih banyak di malam hari. Dengan demikian, tubuh memiliki keterbatasan waktu untuk memanfaatkan kalori pada pagi hari, karena serapan nutrisi yang dimasukkan lebih banya di malam hari.
6. Berolahraga di Pagi Hari. Dengan berolahraga pagi, sebaiknya sebelum sarapan, Anda dapat mempercepat metabolisme Anda lebih mudah daripada jika Anda berolahraga di kemudian hari.
7. Selalu berolahraga. Sangat penting untuk terlibat dalam beberapa bentuk latihan kekuatan dan latihan gerak tubuh.Hal ini membantu anda yang membakar kalori pada tingkat yang lebih cepat. Yang harus menjadi catatan adalah jangan berolahraga berlebihan. Olahraga bagus sekali sebagai cara melangsingkan tubuh dengan cepat.


sumber: http://turunberatbadan.com/713/cara-melangsingkan-tubuh-dengan-cepat/

Saturday, May 21, 2011 2 comments By: Eyan YanNa

Senarai Jemputan

Cuti sekolah da nak tiba lagi... musim kenduri kendara pun menjelma lagi.. hehe..
Jom wat senarai jemputan kenduri.

Siti Khadijah - Sungai Besar (28 Mei 2011)
Kak Yusmarinor - Taman Padu Permai (28 Mei 2011)
Aminah- Sungai Panjang (28 Mei 2011)
Norisma - Peket 60, Simpang Lima (29 Mei 2011)
Salihah - Sabah (31 Mei 2011)
Nor Asiah - Jitra Kedah (2 Jun 2011)
Shakirah - Sabak Bernam (4 Jun 2011)
Zaidil Akhbar - Pasir Panjang (5 Jun 2011)
Khairil - K.Lumpur (11 Jun 2011)

Sape2 lagi nak antar kad meh2 bagi kat saya ek.. hehe
Friday, May 20, 2011 0 comments By: Eyan YanNa

Jangan Marah-Marah Ek....



Oleh Mohd Fadly Samsudin
MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan ‘aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.’ Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.


Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

“Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan ‘pintas’ iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang ‘membara’ akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:


  • Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.





  • Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.





  • Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.





  • Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.





  • Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.








  • Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.








  • Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.








  • Amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.





  • Sumber : http://epondok.wordpress.com/category/amalan-pilihan/page/2/