Showing posts with label Catatanku. Show all posts
Showing posts with label Catatanku. Show all posts
Monday, December 6, 2010 2 comments By: Eyan YanNa

Jalan-jalan...

Assalam sumer.. Apa kabar? ada sihat ka? kalu tak sihat cepat-cepat makan ubat tau.Okey berbalik pada tajuk entri, semalam aku n adik aku pi IPIS, skang da tuka nama institut pendidikan guru malaysia kampus pendidikan islam (IPGM-KPI) untuk ambil sijil KISSM ku, penting sijil tu untuk sah jawatan nanti. Aku mula blajar kat IPGM-KPI ni pada tahun 2006 mase tu namenyer maktab perguruan islam (MPI), sebelum tu aku blajar kat IPDA merasa la jugak jadi org kedah selama setaun setengah. Ingat kene stay kat Kedah 4 tahun lagi, rupe2 nyer kene pindah.. Tapi okey la jugak, maktab bangi xder jauh sgt nak banding ngan IPDA dulu. Kalu nak pegi IPDA lebih kurang 5 jam, naik highway kat Changkat Jering (Perak). Kalu nak pegi MPI lebih kurang 2 jam setengah jer.Nak balik kampung dekat la sikit...

Sampai sana  terus pi bilik SUP, tgk2 xder org then mintak tolong dgn pegawai yg ada kat bilik sebelah SUP tu, tgk list org yang da amik sijil KISSM x ramai pn lg. After amik aku pn balik, oh yer.. pintu gerbang IPGM-KPI da siap dan cantik, tapi xsempat nak snap.. Lupe laa huhu, adik aku kata die nak ronda bangi, nak pi mana ek? Kitorang lalu depan warta @ bintang jer, x masuk pun.. teringat dulu, tepat ni laa kitrang selalu pi kalu ujung minggu untuk ber'shopping' barang keperluan harian. Then dulu aku nyer kelab GERKO utk bowling main kat sini laa, sem berapa aku x ingat, tiap minggu main bowling, best sgt.. 
 Mule2 dulu naik teksi nak pi sini. Bape inggit ek rm7 kot, share laa berempat. then da maju skit merempit naik moto, haha.. banyak kenangan kat sini ngan kawan-kawan.

Warta @ Bintang



  Sementara jalan-jalan nak menuju Alamanda (Putrajaya), aku sempat snap gambar nih

Ni tempat makan yang selalu dikunjungi oleh bdk2 IPGM-KPI... Caiyo Bistro, tempat ni selalu kene serbu kalu dewan makan x bukak, dekat jer, jalan kaki jer sampai daa.. Rindu time makan ramai2 dulu kat sini. Gambar x clear sgt sbb snap mase dalam kete.


jalan nak pi Alamanda
Kalu pi alamanda ni bkn nak shopping sangat pn, suke jalan-jalan nak bersantai kat situ, kalu pi sini suke makan hot plate yee mee.. nyum3 sedap nyer.. and lagi satu aku suke beli big apple donut... cedap nyer...
Aritu kitrang pi alamanda just jalan-jalan n makan. Adik aku kata nk makan kt noodle station, ok aku set jer..

choclate ice blande

honey lemon

noodle curry trio
Lepas kenyang jalan-jalan window shoping jer, then before balik aku singgah sini, tempat yg kire wajib aku singgah kalu dtg alamanda, haha...





nyum3 jemput makan... =)

Friday, November 26, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

FAKTA BENAR - Bahaya Roti!!

Salam, jalan-jalan tgk blog org tetiba aku nmpak artikel ni klik .
Takut la pulak nak makan roti, makanan skang byk bhn kimia, nak buat roti? huhu kene beli bread maker dulu, ecehh.. hati-hati dengan apa yang kita mkn, jaga kesihatan yaa :)
Saturday, November 20, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Berubah menjadi yang lebih baik...

Salam.. Berubah untuk menjadi yang lebih baik adalah dituntut. Oleh yang demikian, untuk berubah bukanlah suatu yang terlalu sulit untuk dilaksanakan. Tetapi kita perlu tekad dan semangat yang kuat untuk berubah. Marilah sama-sama kuat kan semangat dan tekad untuk membuat perubahan diri yang lebih positif, insyaAllah...
Di sini saya ingin berkongsi hasil daripada pembacaan saya menerusi buku "Menerobos Sempadan Diri" karya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Tip Untuk Berubah:
-Lihat kejayaan yang telah dicapai oleh org yang paling hampir dengan kita.
-Analisa kehinaan apa yang kita hadapi jika kita tidak berubah.
-Lihat kemajuan yg dicapai oleh org yg lebih muda daripada kita.
-Kenangi kesilapan masa silam ketika muhasabah diri.
-Berdoa kepada Allah agar hati kita didorongi untuk berubah.


Marilah kita sama-sama berubah untuk jd lebih baik, biar sedikit perubahan itu, asal istiqamah.. mudah2an dipermudahkan segala urusan..
Saturday, August 14, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Bazar@ Sabak Bernam

Pada petang sabtu, kami sekeluarga pegi ke Sabak. Ingat nk pi klinik.. Tapi tutup lak... So kami pi la bazar ramadhan kat sabak. Masa tu tak pukul 4.00 petang lagi. Orang tak ramai lagi masa tu. So bleh membeli tanpa perlu kene que panjang2 yeye...

Jom jenguk apa yang ada kat bazar ramadhan sabak bernam nih..






Friday, August 13, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan dah tibe lagi, selamat berpuasa pada semua. Mudah-mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah...
Tahun ni tahun pertama saya berpuasa kat sekolah. Melihat gelagat anak-anak murid yang berpuasa, macam-macam... Ada yang lemah longlai... Kesian diorang, terutamya tahun satu, yang baru mula nak belajar berpuasa. Masuk2 kelas diorang jer, ramai mengeluh lapar dan dahaga. Mana yang tak puasa nampak aktif ajer, hehe Takper lah perlahan-perlahan belajar berpuasa...

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

sumber:

http://ustazazhar.com/v1/hadith/kelebihan-bulan-ramadhan.html
Tuesday, June 15, 2010 2 comments By: Eyan YanNa

Picnic di Teluk Batik

Salam semua.... Apa kabar? Sempena cuti sekolah ni kami sekeluarga sempat ber'picnic' kat Teluk Batik. Jom layan.... hehe


sesampainyer di teluk batik :)



pemandangan indah

mandi-manda kat pantai



sape nk naik kuda.... dewasa rm10 ek

saje tayang kek batik... sori comot sikit huhu


Tuesday, December 8, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Friendship Forever

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Maaf telah lama blogku ini bersawang-sawang almaklumlaa da lama tak update. Citer terbaru sy telah melapor diri ditempat bakal sy bertugas iaitu di selangor. Begitula juga nasib 17 sahabat-sahabat yang sekelas dengan sy. Semunya bertebaran diseluruh malaysia. Antaranya di Penang, Selangor, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Selamat berjuang wahai sahabat-sahabat ku. Semoga ukhuwah antara kite kekal sentiasa hendaknya. Sape-sape yang nak mendirikan "masjid" jangan lupa khabarkan pada sahabat kalian ini. Hehe..


Miss u All
Saturday, July 4, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

Praktikum Lagi... Fasa III



Yaa sesi praktikum datang lagi. Hehe, Kali ini merupakan kali ketiga saya berpraktikum di salah sebuah sekolah di sekitar Putrajaya. Di harapkan praktikum kali ini saya dapat melakukan yang terbaik. Tambahan lagi ini merupakan praktikum terakhir sebelum saya bergelar seorang guru....
Sebelum ini saya telah berpraktikum di kawasan Tanjung Karang dan Bangi. Melalui praktikum2 sebelum ini saya dapat menimba sedikit sebanyak tentang ilmu dan pengalaman untuk menjadi guru.
Selamat berpraktikum kepada pelajar2 IPGM yang akan berpraktikum dan sedang berpraktikum. Semoga berjaya... Guru Pembina Negara Bangsa.... Amin...
Wednesday, June 3, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Makan-makan after exam

After exam saya sempat berjalan-jalan mencari makan.. Huhu bukan ape, hanya melepaskan tension selepas seminggu menghadapi exam. Yeke? First pi mines mengekor Cik Siti n Cik Syara pi Mines.. Bile perut berkeroncong minta diisi, saya pi ke Food Court Mines tu, sy suke order Hot Plate Mee. Sedap.... Hehe, then esok nyer pi Alamanda lak, bkn nak shopping ape pn, just nak beli Donut Big Apple yg da lama saya mengidam. Akhirnya.. dapat jugak.. Haha..




Hot plate mee yg lazat.. huhu



Donut Big Apple yg sedap...

Thursday, May 21, 2009 4 comments By: Eyan YanNa

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Assalamualikum kepada sahabat-sahabat. Di kesempatan ni nk ucapkan selamat menghadapi peperiksaan yg bakal tiba pada minggu depan:

25-28 Mei 2009

Maa taufiq wa najah.. semoga Allah permudahkan segalanya...

Saturday, May 16, 2009 3 comments By: Eyan YanNa

HAppy Teachers Day :)


Get this and other great generators at TOTALLYPIMPEDOUT.NET!


Assalamualaikum... Bersempena 16 Mei ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik. Ucapan ini ditujukan kepada semua guru yang pernah mendidik saya iaitu guru-guru di SK Kebangsaan Simpang Lima, SRA Ehyaul Falah, SMKA Simpang Lima, MAtrikulasi Perak, IPGM Kampus Darul Aman dan IPGM Kampus Pendidikan Islam. Tidak lupa juga ucapan ini ditujukan kepada kedua ibu bapa saya, yang juga kedua-duanya adalah guru.

Mari kite sama2 nyanyi lagu ni untuk cikgu2 kite....

Terima Kasih Guru


Masih…jelas diminda…
Bisikan suaramu memanggil…
Di situ langkahku bermula…
Mengejari cita kau di sisi….
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

C/O:
Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Selamat Hari Guru
Terima Kasih
Atas Segala Jasamu Guru
Akan ku kenang sentiasa
Saturday, May 9, 2009 2 comments By: Eyan YanNa

Happy Mothers Day

Hari ini merupakan hari ibu, selamat hari ibu kepada emak tersayang. Segala jasanya tidak akan saya lupa sampai bila2. Terima kasih emak atas segalanya...

Lagu ini, saya tujukan kepada emak saya dan semua ibu-ibu didunia ini. SELAMAT HARI IBU

Artist : New Sakha
Title : Ibu

Sebening titisan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bila ku tatap wajahmu ibu
Ada kehangatan di dalam hatiku

Air wudhuk s’lalu membasahimu
Ayat suci slalu dikumandangkan
Suara mu penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putera-puterinya

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang ku cinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa balas jasa
[ Ibu lyric found on www.lirik.tv ]

Air wudhuk s’lalu membasahimu
Ayat suci slalu dikumandangkan
Suara mu penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putera-puterinya

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang ku cinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa balas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayangilah seperti menyayangiku
Berilah ia kebahagiaan di dunia juga di akhirat

Thursday, April 30, 2009 6 comments By: Eyan YanNa

Sukan IPGM-KPI


Pada 29 april 2009 bersamaan ari Rabu, Institut Pend. Guru Malaysia Kampus Pend. Islam (IPGM-KPI) Bangi telah mengadakan hari sukan yg dikenal sebagai Hari Kejohanan Olahraga Tahunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100 meter, lari 200 meter, lari 4x 100meter dan banyak lagi. Acara telah bermula lebih kurang seawal 7.30 pagi dengan dimulakan acara perbarisan dari setiap rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, hijau (rumahku, hehe), oren dan biru.

Saya telah terlibat secara langsung untuk aktiviti perbarisan ni, suka jugak aktiviti perbarisan ni, tapi yang tak laratnyer aktiviti nak berlatih. Tapi xper untuk menunjukkan persembahan yang baik, so kita kenelah berlatih dengan sebaik2nya. Kami tgk rumah biru menunjukkan formasi yang menarik, siap ponco-ponco depan pentas lagi. Depa juara perbarisan tahun lepas, jadi tak mustahil mereka akan menggondol gelaran itu sekali lagi.

Pada hari sukan tersebut, kami punya kostum agak unik, tema die ala2 orang asli gitu, haha, thanks pada yang myediakan kostum2 kami iaitu adik nazmi and team. Die jugak yang mengilhamkan utk decorate khemah rumah kami. Ilham2 tu leh laa dijadikan pnduan utk pegi sekolah nanti. Benda2 tu jugak yang kami akan buat bila ada sukan sekolah nanti. Huhu..

Tak sempat nak tengok acara2 sukan sampai abis, sebab ada kerja yang lebih penting untuk diuruskan. Ni gambar2 yang sempat di capture.. Layan...



para peserta berlari.... waa rumah hijau, chaiyok2


penjaga masa yang setia


rumah hijau semangat, tak gentar digugat
Sunday, April 19, 2009 6 comments By: Eyan YanNa

KL Book Fair 2009


Pada ahad yg lepas bersamaan 19 april 2009, saya, mardiyah n juliana telah berkunjung ke pesta buku yang bertempat di PWTC. Seawal 8.30 pagi kami bertolak dari IPIS mengharapkan, tidak berlaku kesesakan semasa dalam perjalanan. Sesampai di komuter UKM kami mengalas perut yang kosong dengan sarapan. Selepas sesi makan2, kami membeli tiket untuk naik komuter, pada ketika itu, orang tidak begitu ramai. Tiba2 terdengar pengumuman yg mnyatakan bahawa komuter mengalami masalah di stesyen batang benar. Jadi kami mengalami keterlewatan untuk menaiki komuter. Apabila sampai shj komuter, didapati penumpang agak ramai. Jadi kene la berdiri. Separuh perjalanan baru la dapat duduk. Alhamdulillah... Ramai penumpang yg turun di stesyen putra termasuk la kami bertiga untuk pergi ke pesta buku.

Sesampainya di PWTC, kelihatan ramai orang tidak mengira peringkat umur.Bagi ibu bapa yang bekerja, cuti hari Ahad sebeginilah masa yang diluangkan untuk bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hari menjelang tengahari, pengunjung pesta buku makin bertambah. Kesesakan dapat dirasakan. Sejak semalam saya telah merancang buku apa yang saya hendak beli. Jd tidak la perlu mundar mandir memikirkan ape buku yg saya perlu beli semasa disana. Jadi kita dapat merancang perjalanan kite semasa "shopping' buku. Gambar2 ni suasana di PWTC....




tidak melepaskan peluang untuk membeli buku2 pilihan



haa pilih2 dik, jgn tak pilih



antara buku2 yg dijual...

sesi autograf n bgambar dgn penulis novel ANIS AYUNI


Rambang mata tgk buku byk2, tak sempat nak meronda semua booth2 yg ada. Da tak cukup tangan nak bawak. Hehe. Hurmm buku ape yg selamat diborong oleh ku....



buku-buku masakan



koleksi novel n buku

buku sirah nabawiyyah

koleksi majalah asuh utk my sis