Salam.. Berubah untuk menjadi yang lebih baik adalah dituntut. Oleh yang demikian, untuk berubah bukanlah suatu yang terlalu sulit untuk dilaksanakan. Tetapi kita perlu tekad dan semangat yang kuat untuk berubah. Marilah sama-sama kuat kan semangat dan tekad untuk membuat perubahan diri yang lebih positif, insyaAllah...
Di sini saya ingin berkongsi hasil daripada pembacaan saya menerusi buku "Menerobos Sempadan Diri" karya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
Tip Untuk Berubah:
-Lihat kejayaan yang telah dicapai oleh org yang paling hampir dengan kita.
-Analisa kehinaan apa yang kita hadapi jika kita tidak berubah.
-Lihat kemajuan yg dicapai oleh org yg lebih muda daripada kita.
-Kenangi kesilapan masa silam ketika muhasabah diri.
-Berdoa kepada Allah agar hati kita didorongi untuk berubah.
Marilah kita sama-sama berubah untuk jd lebih baik, biar sedikit perubahan itu, asal istiqamah.. mudah2an dipermudahkan segala urusan..
0 comments:
Post a Comment