Thursday, April 30, 2009 6 comments By: Eyan YanNa

Sukan IPGM-KPI


Pada 29 april 2009 bersamaan ari Rabu, Institut Pend. Guru Malaysia Kampus Pend. Islam (IPGM-KPI) Bangi telah mengadakan hari sukan yg dikenal sebagai Hari Kejohanan Olahraga Tahunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100 meter, lari 200 meter, lari 4x 100meter dan banyak lagi. Acara telah bermula lebih kurang seawal 7.30 pagi dengan dimulakan acara perbarisan dari setiap rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, hijau (rumahku, hehe), oren dan biru.

Saya telah terlibat secara langsung untuk aktiviti perbarisan ni, suka jugak aktiviti perbarisan ni, tapi yang tak laratnyer aktiviti nak berlatih. Tapi xper untuk menunjukkan persembahan yang baik, so kita kenelah berlatih dengan sebaik2nya. Kami tgk rumah biru menunjukkan formasi yang menarik, siap ponco-ponco depan pentas lagi. Depa juara perbarisan tahun lepas, jadi tak mustahil mereka akan menggondol gelaran itu sekali lagi.

Pada hari sukan tersebut, kami punya kostum agak unik, tema die ala2 orang asli gitu, haha, thanks pada yang myediakan kostum2 kami iaitu adik nazmi and team. Die jugak yang mengilhamkan utk decorate khemah rumah kami. Ilham2 tu leh laa dijadikan pnduan utk pegi sekolah nanti. Benda2 tu jugak yang kami akan buat bila ada sukan sekolah nanti. Huhu..

Tak sempat nak tengok acara2 sukan sampai abis, sebab ada kerja yang lebih penting untuk diuruskan. Ni gambar2 yang sempat di capture.. Layan...



para peserta berlari.... waa rumah hijau, chaiyok2


penjaga masa yang setia


rumah hijau semangat, tak gentar digugat
Sunday, April 19, 2009 6 comments By: Eyan YanNa

KL Book Fair 2009


Pada ahad yg lepas bersamaan 19 april 2009, saya, mardiyah n juliana telah berkunjung ke pesta buku yang bertempat di PWTC. Seawal 8.30 pagi kami bertolak dari IPIS mengharapkan, tidak berlaku kesesakan semasa dalam perjalanan. Sesampai di komuter UKM kami mengalas perut yang kosong dengan sarapan. Selepas sesi makan2, kami membeli tiket untuk naik komuter, pada ketika itu, orang tidak begitu ramai. Tiba2 terdengar pengumuman yg mnyatakan bahawa komuter mengalami masalah di stesyen batang benar. Jadi kami mengalami keterlewatan untuk menaiki komuter. Apabila sampai shj komuter, didapati penumpang agak ramai. Jadi kene la berdiri. Separuh perjalanan baru la dapat duduk. Alhamdulillah... Ramai penumpang yg turun di stesyen putra termasuk la kami bertiga untuk pergi ke pesta buku.

Sesampainya di PWTC, kelihatan ramai orang tidak mengira peringkat umur.Bagi ibu bapa yang bekerja, cuti hari Ahad sebeginilah masa yang diluangkan untuk bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hari menjelang tengahari, pengunjung pesta buku makin bertambah. Kesesakan dapat dirasakan. Sejak semalam saya telah merancang buku apa yang saya hendak beli. Jd tidak la perlu mundar mandir memikirkan ape buku yg saya perlu beli semasa disana. Jadi kita dapat merancang perjalanan kite semasa "shopping' buku. Gambar2 ni suasana di PWTC....




tidak melepaskan peluang untuk membeli buku2 pilihan



haa pilih2 dik, jgn tak pilih



antara buku2 yg dijual...

sesi autograf n bgambar dgn penulis novel ANIS AYUNI


Rambang mata tgk buku byk2, tak sempat nak meronda semua booth2 yg ada. Da tak cukup tangan nak bawak. Hehe. Hurmm buku ape yg selamat diborong oleh ku....



buku-buku masakan



koleksi novel n buku

buku sirah nabawiyyah

koleksi majalah asuh utk my sis


Persembahan Kreatif

Pada 14 April 2009 bsamaan hari selasa, satu pementesan persembhan kreatif oleh guru pelatih pengkhususan Prasekolah telah diadakan di dewan besar IPGM-KPI. Antara persembahan yang telah diadakan ialah:
- Persembahan Boneka (Puppet Show)
-Wayang Kulit
-Gimrama
-Bercerita
-Tarian Tradisional Zapin
-Teater
-Pantomen
-Teater Muzikal
- Pergerakan Kreatif

Semua persembahan yang telah dipentaskan menarik minat dan menghiburkan semua audien. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam persembahan berkenaan. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat menjadi bekal kepada semua pelajar untuk bergelar sebagai guru.


Persembahan wayang kulit


teater si selendang merah

pantomen




Sunday, March 29, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

Ujian...






Setiap pemberian yang Allah berikan egala-galanya adalah milikNya. Nikmat Iman, Kesihatan, rezeki yang melimpah ruah.. Oleh itu, kita sebagai hambaNya harus bersyukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya. Selama beberapa hari ini, aku brehat2 dirumah sahaja, memandangkan kesihatan mataku yg x begitu mengizinkan. Semoga aku dapat sembuh seperti sedia kala utk aku pulang ke ipis kelak.. meneruskan perjuanganku, :)
Sunday, March 22, 2009 3 comments By: Eyan YanNa

Tag lagi..

Adoi dapat tag lg dr cik mardhiyah, xpe2 disebabkan sy seorg yg rajin, rajin ke? sy akan memenuhi tag cik mardhiyah tue.. hehe.. tugasan nyer berbunyi begini:

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.



1. What is your name : Liyana

2. A four Letter Word : Lorr

3. A boy's Name : Leman (pakcik driver bas sekolah dulu)

4. A girl's Name : Lidyawati (nama pelakon)

5. An occupation : Lawyer

6. A colour : Lemon (bleh ke, kuning lemon la)huhu

7. Something you'll wear : long sleve tshirt

9. A food : Lempeng (senang je wat)

10. Something found in the bathroom: pening pikir x dapat laa

11. A place : London

12. A reason for being late: Lampi ( lambat pick up) huhu

13. Something you'd shout : Lalalala

14. A movie title : Leontin (drama indon)

15. Something you drink : Laici Ais

16. A musical group : letto

17. An animal : Lintah (eiii geeli...)

18. A street name : Langsat.. wujud kot, tapi x tau la tang mana

19. A type of car : lexus (waa kete best)

20. The title of a song : love story

emm kire siap laa ek cik mardhiyah.. sape2 yg teringin nak wat sile2 jgn segan.. hehe
Saturday, March 21, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Simple n easy dessert DADIH DURIAN


Ni dadih senang nak wat, beli yg instant dadih jer..

Bahan:

1 peket dadih
3000ml air
1 tin susu cair
gula


ni lah die bhn yg digunakan
Cara:

-didihkan air atas api,
-masukkan gula
-apabila mendidih masukkan serbuk dadih
-masukkan susu
-matikan api
-kacau hingga likat
-masuk dalam bekas

Muffin @ Apam Bakar




Semasa menjenguk blog sape ntah, terjumpe la resepi nih, emm bahan nyer mudah n senang dibuat, x yah gune mixer. pakai pemukul biaser jer. Pada mule nyer ingat mcm muffin yg biaser di buat. Bile da jadi, raser die macam apam, tp okla.. Sape2 nak try, sile laa.. dinasihatkan letak inti la apa2, bg lebih sikit, supaya sodap dimakan hehe

Bahan-bahan:

2 cwn tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 teh garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cwn susu
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovelatte
1/4 cwn minyak sayuran (pakai minyak masak pn bleh)

Cara-cara:

-Panaskan oven 200*C
-dalam mangkuk campur tepung+baking powder+garam+gula buat lubang tgh2 dgn erti kata lain kuak tepung.
-mangkuk lain campur telur+susu+minyak+ovellate then pukul..
-then tuang bhn2 yg telah dipukul ke dlm mangkuk tepung tadi.
-gaul sampai rata
-masukkan dlm cup muffin, letak coklat bar yg dipotong jd kn inti
-bakar lebih kurg 25 minit, kalu x masak lg, pndai2 adjust ek,