Friday, May 28, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

~Cukup Indah~

I luv this song. Just nak share... Lagu ni by Alif Satar:


Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Chorus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Chorus 3X

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai



Saturday, May 22, 2010 3 comments By: Eyan YanNa

Pancake :)



Bahan-bahan

2biji telur-di pukul sedikit
4 sudu butter dicairkan
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula
2 cawan susu segar (suam)
secubit garam




Cara-Cara


  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan b.powder.
  2. Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati. Gaul guna whisk je...masukkan butter yg di cairkan dan gaul sebati lagi.
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel2, boleh juga di blend. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  4. Panaskan kuali non stick, oleskan sedikit butter dan tuang setengah cawan.
  5. Bila sudah mula bersarang, barulah terbalikkan. Bila dah keperangan, bolehlah di angkat.
  6. Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2. Boleh juga di makan bersama dengan honey.

Sedap gak pancake ni

Selamat mencuba :)
Saturday, February 13, 2010 4 comments By: Eyan YanNa

Me...

Salam semua...
Dah lama x update blog sy ni. Aduhai da bersawang-sawang nampak nyer. Byk story leh share tapi tak tau nak citer dari mana huhu. Buat pengetahuan semua. Saya telah berkhidmat di SK Puncak Alam 2, Kuala Selangor. So tak jauh sangat dari tempat asal saya, just 2 jam kalu lalu jalan yg agak jauh.
Setakat ni belum miss lagi balik umah setiap ujung minggu, hehe, yelah sementara xde pape program sek di hujung minggu ni. Balik kampung laa... nanti biler da buzy n ada komitmen lain, x sempat pulak nak balik. Betul tak? bertolak pagi-pagi lepas subuh ari sabtu, then balik semula pagi isnin, sbb sekolah sesi petang... Leh cuti lama sikit. Hehe
Di sekolah tersebut saya diamanah untuk mengajar:
  • Pendidikan Islam Tahun 1
  • Bahasa Arab Tahun 2 dan 3
Selain itu sebagai guru pembimbing:
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah
  • Bola Tampar
  • Kelab Matematik
Di harap tugas yg diamanahkan dapat saya laksanakan dengan baik.

"YaAllah permudahkan segala urusan ku dalam mendidik anak bangsaku" Amin....
Monday, December 14, 2009 2 comments By: Eyan YanNa

Agar-agar roti II

Rupe da kene potong

Agar-agar roti ni da pena buat, sebelum ni saya wat dua warna koko ngan kuning. Tapi ni saje nak try buat yang byk warna sikit. Konon-konon ak bagi meriah sikit. Tapi warna nyer macam kureng menyerlah kan? Takper laa just try jer....


Sebelum dipotong :)

Kek Coklat Kukus






Da lama tak wat kek, teringin nak makan... Huhu

Bahan-bahan:
-2 cawan majerin
-2 cawan gula (dikisar)
-8 biji telur ayam
-2 cawan tepung naik sndiri
-2 cawan serbuk koko
-1 cawan susu segera (perasa coklat)
-1 sudu makan soda bikarbonat
-sedikit esen vanila

Cara:

1. Pukul majerin dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dalam adunan satu persatu dan pukul lagi.
3.Masukkan tepung, serbuk koko sedikit demi sedikit diselang seli letakkan susu ke dalam adunan. Pukul hingga rata.
4.Letak esen vanila dan soda bikarbonat dalam adunan.
5. Lenserkan majerin dalam loyang, sebelum masukkan adunan kek.
6.Kukus kek selama satu jam setengah.






Lebih wat kek, wat muffin lak, ahaks




Smile always.......
Sunday, December 13, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

Pop Corn


Satu ari tu diujung minggu, jalan2 kat pntai BNO (Bagan Nakhoda Omar) ngan family... Saje makan angin petang-petang seharian duk terperuk kat rumah jer, boring gak, huhu. Sebelum mengambil port kat tepi laut, my mum pesan beli pop corn kat gerai yang ada di situ. Pastu amik port la duduk smbil makan pop corn. Saya terpikir... Best gak kalu try wat nih haha.. Kebetulan satu ari tu pi kedai jumpe biji jagung kering tu. yeye jumpe gak... Pastu search resepi pop corn nih kat tenet jer, dr blog kak hana, (minta izin copy paste resepi yer kak hana) hehe, Jom try...

Bahan-bahan:

-1 sudu mentega
-2 sudu makan minyak masak
-jagung kering secukupnya

Karamel:
-2 sudu mentega
-gula (ikut selera sy letak 3 sudu)
-2 sudu madu

Cara:
- Mula2 letak minyak dan mentega dalam periuk, panaskan.
-Masukkan jagung kering dan menutupi dasar periuk.
-Tutup periuk, tunggu masak smpai bunyi pop pop pop gitu berenti.
-Then wat karamel, panaskan gula + majerin kalu suke tmbah madu. Kacau agak hangus tp jangan sampai hangit yer...
-Then masukkan pop corn yg da masak td dalam karamel, gaul rata...
-Taraaa da siap untuk di ngap!!



Tuesday, December 8, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Friendship Forever

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Maaf telah lama blogku ini bersawang-sawang almaklumlaa da lama tak update. Citer terbaru sy telah melapor diri ditempat bakal sy bertugas iaitu di selangor. Begitula juga nasib 17 sahabat-sahabat yang sekelas dengan sy. Semunya bertebaran diseluruh malaysia. Antaranya di Penang, Selangor, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak. Selamat berjuang wahai sahabat-sahabat ku. Semoga ukhuwah antara kite kekal sentiasa hendaknya. Sape-sape yang nak mendirikan "masjid" jangan lupa khabarkan pada sahabat kalian ini. Hehe..


Miss u All