Friday, November 26, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

FAKTA BENAR - Bahaya Roti!!

Salam, jalan-jalan tgk blog org tetiba aku nmpak artikel ni klik .
Takut la pulak nak makan roti, makanan skang byk bhn kimia, nak buat roti? huhu kene beli bread maker dulu, ecehh.. hati-hati dengan apa yang kita mkn, jaga kesihatan yaa :)
Thursday, November 25, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Jadual kenduri kendara

Biler musim cuti sekolah, banyak jemputan kenduri yang perlu dipenuhi. Kawan-kawan aku pn ramai yang nak kawin dan selamat kawin.. Tahniah buat kalian, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki. Pada kawan yang jauh2 mintak maaf tak dapat nak memenuhi jemputan, yang dekat2 insyaAllah akan sampai.. Tunggu kedatanganku.. :)


  •  Husna n Fizan-------->27 Disember 2010 (Ahad)-Alor Setar
  • Huzaimah-------------> 4 Disember 2010 (Sabtu)- Peket 60
  • Cyba n Mus---------->5 Disember 2010 (Ahad)- Johor Bharu
  • Farha n Shahril-------->12 Disember 2010 (Ahad)- Sg.Nibong
  • Musyaffa------------->12 Disember 2010 (Ahad)- Sg.Nibong
  • Soleha n Azril--------->19 Disember 2010 (Ahad) - Perlis
  • Muhaimin------------->25 Disember 2010 (Sabtu)- Sg.Besar
  • Fariha----------------->25 Disember 2010 (Sabtu)- Kg.Soeharto
  • Elmy------------------>1 Januari     2010 (Sabtu)- Sg.Besar
  • Kak Nor-------------->1 Januari    2010 (Sabtu) - Pahang

Pencarian...

Salam sume, petang tadi aku bersama dua org adikku Naim n Izzati sibuk  keluar pi kedai buku untuk mencari....
haa cari ape? untuk cari novel n buku cerita untuk budak2 tu.. dari kelmarin diorang asik ajak keluar, tapi x sempat la kata kan.. eceh alasan jer.. biler da beli apa yang diorang nak, senyap laa hehe.. tgk gelagat diorang kat kedai buku ni...



haaa da pening nak beli yang mana satu nih...


hasil pencarian diorang
Tuesday, November 23, 2010 2 comments By: Eyan YanNa

Sayur campur tumis



arini masak simple jer, ikan kembung masak gulai darat.. hoho ikan kembung lg ek.. bagus makan ikan ni sumber protein yang baik.hehe.tapi arini just nk share masakan sayur jer. alah masak simple2 main campak2 jer, huhu..

bahan-bahan:
-lobak  merah
-kobis
-kacang buncis
-1 biji bawang besar
-4 ulas bawang putih
-1/2 gengam bilis
-belacan
-5 biji cili kecik
-bijicili besar
-minyak

cara-cara:
-masukkan bawang besar yg dipotong2 n bawang putih n bilis n cili kecik dalam lesung then tumbuk (aku suke gune lesung),
-potong sayur2 tadi mengikut citarasa masing-masing.
-panaskan minyak, tumis segala bahan yang telah ditumbuk.
-perasakan dengan garam n perasa@ajinomoto,
-masukkan lobak, agak layu masukkan kacang buncis n kobis.
-letak sedikit air, da didih leh angkat n siap !!
Saturday, November 20, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Berubah menjadi yang lebih baik...

Salam.. Berubah untuk menjadi yang lebih baik adalah dituntut. Oleh yang demikian, untuk berubah bukanlah suatu yang terlalu sulit untuk dilaksanakan. Tetapi kita perlu tekad dan semangat yang kuat untuk berubah. Marilah sama-sama kuat kan semangat dan tekad untuk membuat perubahan diri yang lebih positif, insyaAllah...
Di sini saya ingin berkongsi hasil daripada pembacaan saya menerusi buku "Menerobos Sempadan Diri" karya Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Tip Untuk Berubah:
-Lihat kejayaan yang telah dicapai oleh org yang paling hampir dengan kita.
-Analisa kehinaan apa yang kita hadapi jika kita tidak berubah.
-Lihat kemajuan yg dicapai oleh org yg lebih muda daripada kita.
-Kenangi kesilapan masa silam ketika muhasabah diri.
-Berdoa kepada Allah agar hati kita didorongi untuk berubah.


Marilah kita sama-sama berubah untuk jd lebih baik, biar sedikit perubahan itu, asal istiqamah.. mudah2an dipermudahkan segala urusan..
Friday, November 19, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

rahsia solat







SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.
Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.
1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

sumber: http://dakwah2u.blogspot.com/2009/03/rahsia-diwajibkan-solat.html
Wednesday, November 17, 2010 2 comments By: Eyan YanNa

Asam pedas ikan kembung

menu tengah ari nih, asam pedas ikan kembung tau versi jowo.. haha,

bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2sudu cili blander
1 cawan air asam jawa
2 batang serai
daun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan
4biji bendi
minyak utk menumis

cara-cara:
-tumbuk@kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
-ketuk serai.
-panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk@ dikisar tadi.
-setelah naik bau, masukkan cili blander, tumis hingga pecah minyak.then masukkan serai. pastikan cili betul2 masak, kalu idak.. sakit perut maaa
-then masukkan air asam jawa, bunga kantan, bendi, ikan...
biar mendidih...
-perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa masing2..
-da masak bleh makan ngan nasik..lalalala


asam podeh...
Tuesday, November 16, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Berakhir sesi 2010

Pejam celik, pejam celik sudah hampir setahun aku berkhidmat... Bnyak kenangan manis n pahit yang aku lalui sebagai seorang guru. Kita akan rasa puas dan gembira apa yang kita ajar kepada murid kita, dia memahami dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Aku berharap, dan berazam menjadi seorang guru yang tegas dan berdedikasi. InsyaAllah... Kuatkan tekadku ini, Ya Allah...
Saturday, November 6, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Aktiviti Sepanjang Oktober

Bulan oktober da masuk ujung-ujung taun ni byk program yang nak disettlekan... Termasukla program menanda kertas periksa. Tapi nasib baik laa paper satu subjek aku tu diawalkan satu minggu. So ada masa nak menanda kertas yang banyak. Kalu dua2 subjek exam pada tarikh yg ujung2 minggu exam... Adoiii payah laa nk menanda, da la byk kelas then markah nk cepat pulak. Alhamdulillah sume dapat disiapkn mengikut perancangan. hehe.Lepas exam jer ada pulak program KBS...

haaa jawab jgn x jawab...


khusyuk amali solat

Then ada satu ari sabtu tu aku n myhousemate (kak diba) pi sk bndar baru kuala selangor, utk jd fasilitator kem bina juara n kem literasi al-quran. Actly mcm aku ni just gantikan org jer, tapi best jugak dpt pengalaman baru...




spagetti wif mushroom soup

salam sumer..
Aritu masa dinner kat hotel carlton, aku teringin makan mushroom soup. Ingat nak amik after mkn makanan berat, ale ale abis la pulak... huhu sedey.. sampai malam tu aku tido mimpi2 mengidam mushroom soup. So aku beli mushroom soup dalam tin jer, utk menghilangkn kempunan aku.. haha... aku makan spagetti ngan mushroom tu sedap... jom try..

bahan-bahan:
spagetti
bawang besar
cendawan
isi ayam
1 tin mushroom soup
1 tin air

cara:
-rebus spagetti smpai masak.
-utk buat kuah, panas kan minyak then tumis bawang,
-bila da layu masukkan isi ayam, masak smpai masak,
-masukkan mushroom soup n air then letak blackpaper.
-reneh smpai masak n agak pekat gitu...

siap.... nyaum..nyum..