Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Sunday, August 7, 2011 0 comments By: Eyan YanNa

Misi Apam Polkadot

Sekarang ni macam-macam yang ada corak dot-dot. Orang panggil "polkadot", skang tengah glamour fesyen polkadot. Cantik jugak tgk baju kurung polkadot. Tapi bukan nk citer pasal fesyen polkadot. Tapi nak cite pasal apam polkadot.Haha.

Alhamdulillah misi mengapam polkadot berjaya jugak akhirnya. Setelah sekian lama aku mengidam sangat nak memolkadot. Hasilnya tidak menghampakan. Yeye jadi.. sangat chumell apam polkadot, tapi aku nyer apam x comel sgt, sebab kemahiran molkadot ku belum baik lagi... hehe. Aku wat filling rosselle. Aku wat gabungan warna merah, kuning dan putih. Warna bendera selangor tu, almaklumla anak jati selangor la kata kan hehe. Sori xdapat nak tampal gambar apam polkadot aku  sebab gambar dr handset aku xleh transfer, sedey betol.. aku xtau nape.. sob..sob.. hehe so just imagine jela ek, or kalu nak tau apam polkadot tu mcm mana search jer ngan mr.Google ek haa..

Sape-sape nak cube meh la try...
Sumber sini
Bahan-bahan:

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling ikut citarasa masing, strawbery@coklat@kaya (tapi aku wt roselle)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
selamat mencube :)
Thursday, December 9, 2010 3 comments By: Eyan YanNa

Apam salju @ apam beras

Arini wat apam!! Saje nak try, tengok apam-apam tu posing kat blog orang lain, fuh.. macam best jer apam tuh. Amik resepi ni kat blog kak hana, sangat best apam nih lembut, gebu.. hehe.My ex-roomate dulu suke btol apam nih mkn ngan kelapa beli kat pasar malam fasa 2, bangi. Jom tgk resepi nih:

Bahan:

RESEPI APAM BERAS
resepi asal: cha myresipi.com


Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

Makan ngan kelapa sedap, makan mcm tu saja pn sedap. Nyum3..
Saturday, October 9, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

puding Roti kukus

salam sumer...
lama x update blog huhu

nak kongsi resepi puding roti kukus

bahan-bahan:

bahan A;
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 biji telur
1 sudu tepung kastard dicampur dengan 1/4 cwn air
esen vanila

bahan B
8 keping roti
butter secukupnya
jem strawbery secukupnya
kismis

cara:
-campurkan sumer  bahan A dalam satu bekas dan pukul pakai whisk jer
-sapu setiap keping roti dgn butter n jem, lepas tu potong empat.
-sapu loyang dgb butter.
-taburkan kismis atas loyang
-susun roti yang telah dipotong dalam loyang.
-da siap susun tuang adunan tadi dalam loyang
-biarkan sementara untuk adunan meresap ke dalam roti.
-kukus dalam 35-40 minit.
-siap...
rupe da kuar dari loyang

rupe da kene sembelih hahaha
Sunday, August 15, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Tempe Celup Tepung


Resepi ni sumber daripada kawan mak saya, Cikgu Hasnah. Emm sedap kalu makan panas-panas cicah dengan sos cili...

Bahan2:

2 keping tempe.
1 biji bawang besar
1/2 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
air putih secukupnya
garam secukup rasa
sedikit kunyit
minyak untuk mengoreng

Cara2:
- Hiris tempe jangan tebal sgt. Kemudian ketepikan.
- Tumbuk bawang, ketumbak dan jintan.
- Campurkan bahan yang ditumbuk ke dalam tepung gandum dan tepung jagung.
-masukan air, gaul hingga sebati.
-panaskan minyak, celup tempe dalam adunan tepung kemudian goreng.
Saturday, August 14, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Banana pancake

Bahan-bahan :

Dikisar terlebih dahulu:
5 biji pisang
1 biji telur
2 sudu besar gula
sedikit garam

6 sudu makan tepung gandum

Cara:
-Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar.
-Setelah itu, masuk dalam bekas,
masukan tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
- panaskan kuali, letakkan sedikit minyak, masak dengan api kecil.

yang itam2 tu saya letak kismis



banana pancake @ lempeng pisang
Wednesday, June 16, 2010 4 comments By: Eyan YanNa

Ungkep Ayam




Bahan-bahan:

Ayam yang dipotong
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 cawan air
2 batang serai yang diketuk

bahan yang ditumbuk:

1 biji Bawangbesar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji cili kecil
1 sudu besar jintan
1 sudu besar ketumbar


Cara:
Tumbuk semua bahan-bahan yang perlu ditumbuk.
panaskan minyak, dan tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama serai
masukan ayam, dan gaul rata
tambah air, kemudian tutup kuali dengan tudung periuk.
biarkan hingga masak, sekali sekala gaul sikit, takut hangit pulak.. hehe

SElamat mencuba :)
Sunday, June 13, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:

6 keping roti
3 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:

-Roti disapu mentega dan dipotong-potong, kemudian masuk dalam loyang yang telah disapu mentega.
-Pukul telur dan gula hingga kembang.
-Kemudian masukan susu cair dan tepung kastard kacau rata.
-Tuangkan adunan telur tadi ke dalam loyang.
-Biarkan roti kembang selama 10 minit
-Bakar selama 30 minit dengan suhu 180'C


tara..... jadi da, mintak maaf laa tak sempat potong, fresh dari oven :)
Monday, December 14, 2009 2 comments By: Eyan YanNa

Kek Coklat Kukus






Da lama tak wat kek, teringin nak makan... Huhu

Bahan-bahan:
-2 cawan majerin
-2 cawan gula (dikisar)
-8 biji telur ayam
-2 cawan tepung naik sndiri
-2 cawan serbuk koko
-1 cawan susu segera (perasa coklat)
-1 sudu makan soda bikarbonat
-sedikit esen vanila

Cara:

1. Pukul majerin dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dalam adunan satu persatu dan pukul lagi.
3.Masukkan tepung, serbuk koko sedikit demi sedikit diselang seli letakkan susu ke dalam adunan. Pukul hingga rata.
4.Letak esen vanila dan soda bikarbonat dalam adunan.
5. Lenserkan majerin dalam loyang, sebelum masukkan adunan kek.
6.Kukus kek selama satu jam setengah.






Lebih wat kek, wat muffin lak, ahaks




Smile always.......
Saturday, June 13, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

Spegetti Ala2 Bolognese :)


Dah berhari-hari saya mendengar adik meminta saya menyuruh masak spegetti.. Die kata, "Kakak biler nak masak spegetti?" Huhu.. Demi menunaikan hasrat hatinya itu, saya telah memasaknya pada pagi tadi... Jom layan..

Bahan-bahan

1 bungkus spegetti (direbus sehingga lembut)
200 gram ayam kisar atau cincang
1 sudu cili boh
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dadu
1/2 biji lobak merah dipotong dadu
1/2 tin cendawan dalam tin
3/4 botol sos cili
1 gelas air


Cara-cara (Kuah spegetti):

-Tumis bawang sehingga wangi.
-Masak cili boh sehingga pecah minyak.
-Masukkan ayam kisar, masak sehingga masak.
-Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan. Masak sehingga masak.
- Masukkan sos cili dan air.
-Tunggu sehingga kuah mendidih.
-Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA.....
Thursday, June 11, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Laksa

Pada pagi tadi emak saya menyuruh saya pergi ke pasar awam (Adui skemanya ayat) huhu.. Pastu mak kata.. emm sedap jugak ek wat laksa. Aah da lama x wat.. Haa kene la beli ikan sbb nak wat laksa la kate kan.. Hehe. Sajer nak share resepi. Hehe.

Bahan-bahan:

1 bungkus laksa kering (direndam dan direbus)
6 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar dihiris
2 kuntum bunga kantan
1 inci lengkuas
daun kesum
2 sudu cili kering yang di blander
4 keping asam gelugor
garam secukup rase.


Cara-cara:

-Rebus ikan bersama 2 keping asam gelugor.
-Asingkn isi dan tulang ikan, kemudian diblander.
-Setelah ikan siap diblander, masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
-Blander bunga kantan dengan lengkuas.
-Hiriskan daun kesum.
-Masukkan bunga kantan, lengkuas dan daun kesum dalam air rebusan ikan.
-Kemudian masukkan cili kering yang diblander@ cili boh.
-Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
-Tunggu sampai mendidih.
-Siap masak dan sedia dimakan.


Bahan untuk ulam-ulaman:

Timun yang dihiris
Bawang besar yang dihiris
Cili merah yang dihiris
Salad yang dihiris halus
Telur rebus



Wednesday, June 10, 2009 4 comments By: Eyan YanNa

Aiskrim simple :)


Dulu-dulu ada berjalan-jalan pi blog myresepi. Adalah ternampak resepi aiskrim simple... Haha.. Macam nak try wat jer... Bahan die pun memang tak banyak. Dan memang simple sangat nak wat. Meh la try.

Bahan-bahan:

-2 cawan susu berperisa ( coklat@ strawberry- saya guna yg susu dutchlady)
-2 cawan coffemate
-1 atau 2 sudu gula.

Cara-cara:

-Blender bahan2 tersebut sehingga berbuih.
-Masukkan dalam bekas pastu simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4-5 jam atau 3/4 beku
-Keluarkan dari peti sejuk. Blender sekali lagi. Masukkan dalam bekas semula dan simpan dalam peti sejuk semula sehingga beku.
-Dah siap bleh la dimakan... Yummy...

Bergedel


Bergedel ni antara makanan favourite saya.Hehe. Lagi pun resepi bergedel ni senang jer. Sape-sape nak cuba bleh lar.. hehe..

Bahan:
- 5 biji kentang dipotong ala2 wedges dan digoreng.
- 2 biji bawang besar dihiris dan digoreng
-5 ulas bawang putih dihiris dan digoreng
-Segenggam udang kering
-Daun sup
-Sedikit lada hitam
-Garam secukup rasa
- Sebiji telur


Cara-cara:

-Kentang yang telah digoreng, ditumbuk dengan lumat dan masukkan ke dalam bekas.
-bawang besar dan bawang putih yang telah digoreng dan udang kering juga ditumbuk.
-Ricihkan daun sup.
-Masukkan kedalam satu bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi beserta daun sup.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
- Gaulkan sehingga rata. Bulat-bulatkan adunan tadi dan tekan sedikit.
-Panaskan minyak
-Celupkan bergedel yang dibulatkan tadi dalam telur.
- Goreng sehingga kekuningan.
-Setelah masak, toskan, dan disediakan.
-
Thursday, May 28, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

TiRaMisu....














HAha.. First time meraser benda nih.. Haha, ketinggalan zaman kan sy nih? hehe
Tiramisu ni adalah hasil air tangan Cik Mas kita n kak ain... Cik Mas ni memang dah merncang, after exam dier nak wat projek tiramisu walaupn kami xder frezzer... tapi, itu bkn menjd penghalang buat diri nyer utk meneruskan projek itu... haha...

Semasa membeli bahan2 nak wat benda sy tidak ketinggalan utk myibukkan diri turut serta. Kami beli bahan2 nyer kat Vanilla Pastry.. Kat kedai tu mcm2 ada utk nak wat kek n kueh2.. huhu.. Sebenarnyer tujuan mengekor mereka itu kerna nak beli nozel icing kek.. Da lama mengidam beli benda tu.. haha.. Perancangan nyer cuti sekolah ni nk wat muffin yg ada icing. Nak try wlaupn xpenah wat.. x tau arr jadi ke idak icing tuh nanti.. Mudah2an cite2 ku itu kesampaian... Hehe...

Masa depa dua tgh wat benda ni,saya telah mehilangkan diri ke Mines untuk mengekor Cik Siti n Cik Syara... Huhu berjalan keje nyer saya ni. Mmg da target, after exam nak bjalan untuk hilang kan NABAR... (stress). Berbalik cerita pd proses pmbuatan tiramisu ni, sy tidak dapat ikut serta.. huhu.. xper2 Cik Mas kiter wat kelas tiramisu next time ekk, Tiramisu ni sedap sgt... Yummy.. Tapi x leh makan byk2 almaklumla dibuat dr cream chess... (xbagus org yg tengah berdiet ek) haha..

Bercita-cita gak nak try wat sendiri.. tapi x tau laa biler.. Kepada Cik Mas n Kak Ain thanks for tiramisu yang sedap itu... Lain kali leh wat lagi :P hehe...
Saturday, May 2, 2009 13 comments By: Eyan YanNa

Puding Roti @ Agar-agar Roti


Bahan-bahan:
-4 keping roti
-20 gram agar-agar
-4 cawan air
-2 biji telur
-1 tin susu cair
-gula secukup rasa
-koko (saya gune vico)
-pewarna kuning
-esen vanilla

Cara-cara:
1. Agar-agar dan air dimasak atas api.
2. Rendam roti yang dicarik-carik dalam susu cair,
3. Blander roti yang telah direndam bersama telur dan gula serta masukkan sedikit esen vanila
4. Masukkan bahan yang telah diblender kedalam agar-agar, masak dan kacau hingga sebati.
5. Selepas masak, bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning, dan satu lagi bahagian di warnakan dengan koko.
7. Masukkan agar-agar yang telah diwarnakan ke dalam bekas dan disejukkan.

Moi Sup Sayur (Bubur Nasi n Sup Sayur)


Makan bubur nasi makan dengan sup.. Kalu orang utara panggil moi sup. Kalu orang timur panggil nasik air. Dulu merasa moi sup mase belajar kat jitra, marvelous moi sup dia. Yummy..
Pastu merasa nasik air kat kuala terengganu, masa tu berPBS kat sana. Sedap sangat nasik air die. Tambah2 makan ngan sambal kicap.. Huhu memang sangat sedap.
Biase nyer, moi sup@nasik air ni makan ngan sup daging or sup ayam. Tapi renovet sikit resepi tu jadi sup sayur. Pelbagaikan sayur-sayuran supaya ia lebih berkhasiat. Hehe.

Salad (^_^)


Emm yummy, dapat gak wat sendiri salad with chiken pop corn ni. Ari tu raser salad macam ni mase kak chik oni datang after pi cameron highland. Kat sana kan byk sayur2an segar. Antaranya salad, kobis purple, cili benggala, epal, buah lai then pop corn.

Bahan-bahan yang saya gune kan lebih kurang macam kak chik oni gune:
-salad
-buah apple
-cili benggala
-chiken pop corn (digoreng)
-mayonis thosand island
-mayonis biasa

Caranya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
Taraaa siap untuk di telan.. hehe
Saturday, March 21, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Simple n easy dessert DADIH DURIAN


Ni dadih senang nak wat, beli yg instant dadih jer..

Bahan:

1 peket dadih
3000ml air
1 tin susu cair
gula


ni lah die bhn yg digunakan
Cara:

-didihkan air atas api,
-masukkan gula
-apabila mendidih masukkan serbuk dadih
-masukkan susu
-matikan api
-kacau hingga likat
-masuk dalam bekas

Muffin @ Apam Bakar




Semasa menjenguk blog sape ntah, terjumpe la resepi nih, emm bahan nyer mudah n senang dibuat, x yah gune mixer. pakai pemukul biaser jer. Pada mule nyer ingat mcm muffin yg biaser di buat. Bile da jadi, raser die macam apam, tp okla.. Sape2 nak try, sile laa.. dinasihatkan letak inti la apa2, bg lebih sikit, supaya sodap dimakan hehe

Bahan-bahan:

2 cwn tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 teh garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cwn susu
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovelatte
1/4 cwn minyak sayuran (pakai minyak masak pn bleh)

Cara-cara:

-Panaskan oven 200*C
-dalam mangkuk campur tepung+baking powder+garam+gula buat lubang tgh2 dgn erti kata lain kuak tepung.
-mangkuk lain campur telur+susu+minyak+ovellate then pukul..
-then tuang bhn2 yg telah dipukul ke dlm mangkuk tepung tadi.
-gaul sampai rata
-masukkan dlm cup muffin, letak coklat bar yg dipotong jd kn inti
-bakar lebih kurg 25 minit, kalu x masak lg, pndai2 adjust ek,

Triffle



Setelah dipotong..

emm triffle, satu ari tu teringin sgt mkn triffle, terus sepantas kilat mcapai laptop, mencari resepi triffle, raser mcm tau bhn2 n tau nak wat, tp sukatan nyer x sure, tu yg carik resepi die.. Haa kat mana lagi kalu x www.myresepi.com hehe.. dapat je resepi, terus pi start motor pi kedai beli bahan. hehe. ptg hari baru sy memulakan misi membuat triffle nie...

Bahan-bahan:
1 gulung swiss roll (tp sy gune kek coklat yg beli siap jer, actly swiss roll lg sedap)
1 tin susu cair
7-8 sudu besar tepung kastard
1/4 cwn gula
6 cawan air
1 tin mixed fruit( sy gune buah peach dlm tin)
sekotak jeli (sy gune cap nona)

cara:
-susun kek dalam bekas
-lembapkan kek dgn air buah dalam tin tu
-masak kastard+gula+air+susu atas api, masak hingga kilat
-dah masak, tuang atas kek
-then susun buah peach atas kastard
-masak jeli, ikut arahan kat bungkusan tu,
-then tuang jeli atas buah.
-sejukkan dalam peti
-makan sejuk2 yummy...
Tuesday, March 17, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

Kuih cara


Resepi ni saya amik kat myresepi.com, da lama teringin nak wat kuih cara ni sendiri.. hehe, alhamdulillah berjaya gak wat. Kuih ni simple jer but sedap. Kalu wat baru makan puas, nak beli skang sume kuih mahal. Sape2 yg berminat leh la try...

Bahan-bahan:
100 grm repung gandum
200 ml santan
1 sudu jus pandan @ esen pandan
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
gula sebagai inti

Cara-cara:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk da digaul menjadi adunan macam nak wat lempeng.
-Panaskan acuan atas api.
-Lenserkan acuan ngan minyak
-masukkan adunan dalam acuan
- Masukkan gula sebagai inti di tengah2 kuih
-Masak dgn api yg kecil.
-Bila masak boleh lah dihidangkan