Thursday, December 9, 2010 By: Eyan YanNa

Apam salju @ apam beras

Arini wat apam!! Saje nak try, tengok apam-apam tu posing kat blog orang lain, fuh.. macam best jer apam tuh. Amik resepi ni kat blog kak hana, sangat best apam nih lembut, gebu.. hehe.My ex-roomate dulu suke btol apam nih mkn ngan kelapa beli kat pasar malam fasa 2, bangi. Jom tgk resepi nih:

Bahan:

RESEPI APAM BERAS
resepi asal: cha myresipi.com


Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

Makan ngan kelapa sedap, makan mcm tu saja pn sedap. Nyum3..

3 comments:

lavender_purple said...

send me apam comel ni..terliur ni..aku xpandai..pandai jenguk blog masak2 je..huhu buat xpun

Eyan YanNa said...

haha, aku pn baru try wat,bkn nyer pndai pn.. nasib jd jugak, hehe

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel