Saturday, June 13, 2009 0 comments By: Eyan YanNa

Spegetti Ala2 Bolognese :)


Dah berhari-hari saya mendengar adik meminta saya menyuruh masak spegetti.. Die kata, "Kakak biler nak masak spegetti?" Huhu.. Demi menunaikan hasrat hatinya itu, saya telah memasaknya pada pagi tadi... Jom layan..

Bahan-bahan

1 bungkus spegetti (direbus sehingga lembut)
200 gram ayam kisar atau cincang
1 sudu cili boh
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dadu
1/2 biji lobak merah dipotong dadu
1/2 tin cendawan dalam tin
3/4 botol sos cili
1 gelas air


Cara-cara (Kuah spegetti):

-Tumis bawang sehingga wangi.
-Masak cili boh sehingga pecah minyak.
-Masukkan ayam kisar, masak sehingga masak.
-Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan. Masak sehingga masak.
- Masukkan sos cili dan air.
-Tunggu sehingga kuah mendidih.
-Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA.....
Thursday, June 11, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Laksa

Pada pagi tadi emak saya menyuruh saya pergi ke pasar awam (Adui skemanya ayat) huhu.. Pastu mak kata.. emm sedap jugak ek wat laksa. Aah da lama x wat.. Haa kene la beli ikan sbb nak wat laksa la kate kan.. Hehe. Sajer nak share resepi. Hehe.

Bahan-bahan:

1 bungkus laksa kering (direndam dan direbus)
6 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar dihiris
2 kuntum bunga kantan
1 inci lengkuas
daun kesum
2 sudu cili kering yang di blander
4 keping asam gelugor
garam secukup rase.


Cara-cara:

-Rebus ikan bersama 2 keping asam gelugor.
-Asingkn isi dan tulang ikan, kemudian diblander.
-Setelah ikan siap diblander, masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
-Blander bunga kantan dengan lengkuas.
-Hiriskan daun kesum.
-Masukkan bunga kantan, lengkuas dan daun kesum dalam air rebusan ikan.
-Kemudian masukkan cili kering yang diblander@ cili boh.
-Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
-Tunggu sampai mendidih.
-Siap masak dan sedia dimakan.


Bahan untuk ulam-ulaman:

Timun yang dihiris
Bawang besar yang dihiris
Cili merah yang dihiris
Salad yang dihiris halus
Telur rebus



Wednesday, June 10, 2009 4 comments By: Eyan YanNa

Aiskrim simple :)


Dulu-dulu ada berjalan-jalan pi blog myresepi. Adalah ternampak resepi aiskrim simple... Haha.. Macam nak try wat jer... Bahan die pun memang tak banyak. Dan memang simple sangat nak wat. Meh la try.

Bahan-bahan:

-2 cawan susu berperisa ( coklat@ strawberry- saya guna yg susu dutchlady)
-2 cawan coffemate
-1 atau 2 sudu gula.

Cara-cara:

-Blender bahan2 tersebut sehingga berbuih.
-Masukkan dalam bekas pastu simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4-5 jam atau 3/4 beku
-Keluarkan dari peti sejuk. Blender sekali lagi. Masukkan dalam bekas semula dan simpan dalam peti sejuk semula sehingga beku.
-Dah siap bleh la dimakan... Yummy...

Bergedel


Bergedel ni antara makanan favourite saya.Hehe. Lagi pun resepi bergedel ni senang jer. Sape-sape nak cuba bleh lar.. hehe..

Bahan:
- 5 biji kentang dipotong ala2 wedges dan digoreng.
- 2 biji bawang besar dihiris dan digoreng
-5 ulas bawang putih dihiris dan digoreng
-Segenggam udang kering
-Daun sup
-Sedikit lada hitam
-Garam secukup rasa
- Sebiji telur


Cara-cara:

-Kentang yang telah digoreng, ditumbuk dengan lumat dan masukkan ke dalam bekas.
-bawang besar dan bawang putih yang telah digoreng dan udang kering juga ditumbuk.
-Ricihkan daun sup.
-Masukkan kedalam satu bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi beserta daun sup.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
- Gaulkan sehingga rata. Bulat-bulatkan adunan tadi dan tekan sedikit.
-Panaskan minyak
-Celupkan bergedel yang dibulatkan tadi dalam telur.
- Goreng sehingga kekuningan.
-Setelah masak, toskan, dan disediakan.
-
Wednesday, June 3, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Makan-makan after exam

After exam saya sempat berjalan-jalan mencari makan.. Huhu bukan ape, hanya melepaskan tension selepas seminggu menghadapi exam. Yeke? First pi mines mengekor Cik Siti n Cik Syara pi Mines.. Bile perut berkeroncong minta diisi, saya pi ke Food Court Mines tu, sy suke order Hot Plate Mee. Sedap.... Hehe, then esok nyer pi Alamanda lak, bkn nak shopping ape pn, just nak beli Donut Big Apple yg da lama saya mengidam. Akhirnya.. dapat jugak.. Haha..




Hot plate mee yg lazat.. huhu



Donut Big Apple yg sedap...