Sunday, August 7, 2011 By: Eyan YanNa

Misi Apam Polkadot

Sekarang ni macam-macam yang ada corak dot-dot. Orang panggil "polkadot", skang tengah glamour fesyen polkadot. Cantik jugak tgk baju kurung polkadot. Tapi bukan nk citer pasal fesyen polkadot. Tapi nak cite pasal apam polkadot.Haha.

Alhamdulillah misi mengapam polkadot berjaya jugak akhirnya. Setelah sekian lama aku mengidam sangat nak memolkadot. Hasilnya tidak menghampakan. Yeye jadi.. sangat chumell apam polkadot, tapi aku nyer apam x comel sgt, sebab kemahiran molkadot ku belum baik lagi... hehe. Aku wat filling rosselle. Aku wat gabungan warna merah, kuning dan putih. Warna bendera selangor tu, almaklumla anak jati selangor la kata kan hehe. Sori xdapat nak tampal gambar apam polkadot aku  sebab gambar dr handset aku xleh transfer, sedey betol.. aku xtau nape.. sob..sob.. hehe so just imagine jela ek, or kalu nak tau apam polkadot tu mcm mana search jer ngan mr.Google ek haa..

Sape-sape nak cube meh la try...
Sumber sini
Bahan-bahan:

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling ikut citarasa masing, strawbery@coklat@kaya (tapi aku wt roselle)
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
selamat mencube :)

0 comments: