Donut coklat lalalala :) |
Donut
Assalamualaikum.. mcm da lama x tulis pasal entry main masak-masak nih. Di kesempatan cuti ni, aku try wat donut, sebab teringin sangat mkn donut hasil air tgn sendirik. Hasil pencarian resepi donut kt myresepi akhirnya berjaya jugak wat donut yang sgt lembut... Dulu2 penah try dua kali wat donut, tapi hasilnya sgt mghampakan.. wawawawa donut ku keras. Masa panas ok laa, tp da sejuk lagi keras hahaha. Terima kasih pada yg tuan empunya resepi. Resepi nya leh refer sini
Ibu by Hadad Alwi feat Farhan
First time dengar lagu ni... terus suka... Nice song n lyric..Lagu yang bertajuk ibu, mengisahkan betapa besarnya pengorbanan ibu. Oleh itu, marilah kita menghargai segala jasa dan pengorbanan ibu kita selagi ada. Jom hayati...
Selamat Bercuti :)
Assalamualaikum... Apa khabar? Hopefully sihat-sihat sahaja hendaknya. Waaa cuti sekolah telah bermula... Bukan budak-budak sekolah jer yang happy, aku pun happy juga.. hehe. Seminggu sebelum cuti sekolah aritu, ada Ujian Formatif 1, kerja-kerja menanda kertas pekse, sumer daa settle before bercuti. Hehe, seronok nyer.. xyah pikir pening-pening kepala nak tanda kertas time cuti-cuti sekolah ni. Biase cuti sekolah, banyak jemputan kenduri kahwin, selagi terdaya dan takder aral melintang akan aku cuba penuhi undangan tersebut hehe.. Kesempatan ini, nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada:
- Nor Faizatul Hamimi dan suami
- Siti Nor Hafizah bt Lasuan dan suami
- Nor Hanisah bt Saparwan dan suami
- Norazizi dan isteri
Semoga rumahtangga yang dibina bahagia berpanjangan hingga ke akhir hayat dan ke syurga, serta mendapat berkat dan rahmat daripadaNya... Amin..
Sambutan Maulidul Rasul SKPA2
Pada 1 Mac yang lalu, waktu persekolahan sesi petang telah diadakan sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah tentang peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan aktiviti berarak sambil berselawat yang disertai oleh murid-murid tahun 1, 2 dan 3.
Sebiru Hari Ini
sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini
Subscribe to:
Posts (Atom)