Tuesday, February 24, 2009 By: Eyan YanNa

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 14 Febuari yang lalu satu program iaitu Kursus Pengurusan dan Pengebumian Jenazah telah diadakan. Program tersebut tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar PISMK-OUM yang dianjurkan oleh kuliah 7.01 (Pendidikan Islam). Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang pengurusan jenazah dan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat kelak.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Seperti dalam firman Allah:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu tidak dapat ditunda atau dipercepatkan, walau sesaat pun"
(Surah al-A'raf ayat 34)


Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Kewajipan ini ialah FARDU KIFAYAH.

memotong kain kafan


proses mengkafankan mayat (model patung)

Alhamdulillah sepanjang program tersebut, kami telah belajar mengenai pengurusan jenazah secara teori dan amali. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada semua pelajar. InsyaAllah.




antara peserta yang hadir

1 comments:

lavender_purple said...

teringat akan mati yg xtau ble ajalnya..perbykkn lah amal.