Thursday, February 26, 2009 2 comments By: Eyan YanNa

tagged dari Cik Mardhiyah

Smlm sedang khusyuk menatap laptop cik mardhiyah menyapa dan berkata "ada something special utk ko".Then tgk la blog. Ape benda pulak daa. Ishk2... Rupe2nyer dapat tagged dr die. Tp x sempat nak wat. So wat ptg ni.Antara asigmt yg perlu di penuhi ialah:
1)Go to ur picture holder in ur computer
2) Go to 6th folder of photos
3) Go to 6th picture at the folder
* put the picture on ur blog n description on it
*invite six friends to join the challenge


Koleksi gambar mmg byk. Sampai disk dalam ni da ampir penuh disebbkan oleh gambar2 jelah. mmg hobi sy mengumpul gambar. Hehe. Dan gambar yg telah ter tagged ialah gambar dalam BIGWALK folder. Gambar ni dicapture dalam satu aktiviti yang dipanggil BIGWALK pada 7.41 a.m pada 26 July 2008 di Putrajaya. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Peserta-peserta yang meyertai aktiviti ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah, menangah, institut pendidikan guru malaysia dan jabatan2 di bwh KPM.
Aktiviti utama dalam program ni ialah berjalan-jalan di atas jalan raya sejauh 5km kalu x silap. selain itu pelbagai aktiviti lain yang turut diadakan seperti Aerobik, J-Robik, Futsal, persembahan kumpulan sorak n pameran.
Oh yer dalam gambar ni lupe pulak nak perkenal kan. Semua tu adalah kwn2 sekelas sy. Dari kiri kak yam, mardhiyah n onie. Gambar sy xder.. huhu.. sbb tolong jd cameraman..
K cik mardhiyah sy da settle kan awk nyer asigmt nih.
Then sape-sape yg berminat utk tagged sila2 kan. Hehe
Tuesday, February 24, 2009 1 comments By: Eyan YanNa

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 14 Febuari yang lalu satu program iaitu Kursus Pengurusan dan Pengebumian Jenazah telah diadakan. Program tersebut tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar PISMK-OUM yang dianjurkan oleh kuliah 7.01 (Pendidikan Islam). Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang pengurusan jenazah dan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan masyarakat kelak.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Seperti dalam firman Allah:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu tidak dapat ditunda atau dipercepatkan, walau sesaat pun"
(Surah al-A'raf ayat 34)


Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Kewajipan ini ialah FARDU KIFAYAH.

memotong kain kafan


proses mengkafankan mayat (model patung)

Alhamdulillah sepanjang program tersebut, kami telah belajar mengenai pengurusan jenazah secara teori dan amali. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada semua pelajar. InsyaAllah.




antara peserta yang hadir
Friday, February 20, 2009 2 comments By: Eyan YanNa

Berjalan Melihat Alam

Putrajaya

Pagi-pagi hujung minggu memang lebih bermakna seandainya diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan habis kan masa dengan tidur shj... Tidor memang perlu, tapi jangan terlebih masa dah ler, nanti badan kite akan jd raser letih sangat. Eceh, macam ada pengalaman jer..
Hari ni, saya, mardiyah n mas pegi jalan-jalan kat taman botani, putrajaya. Dah lama dk area sini, baru first time pi. Pagi-pagi lepas subuh kami da stat merempit. Hehe. Sampai2 sana lebih kurang nak dekat pukul 8 pagi. Emm tujuan utama kami nak cycling2 pusing2 taman ni. Dah lama x cycling. Tapi kaunter tiket bukak pukul 9 pagi. So nyer, kami pun jalan2 dulu lah menikmati pemandangan yang indah lagi permai di sekitar taman tu sambil berjoging n take picture.

Jalan-jalan yang penuh ketenangan

Duk tangkap gambar je lebih. Joging nyer x sangat. Hehe. Tapi berpeluh jugak. Ala-ala excersize la katakan. Then kami ke kaunter tiket semula utk beli tiket nak naik basikal. Tunggu punye tungu kaunter pn da bukak.
Harga tiket tu RM4 per hour. Tu utk ujung minggu, kalu ari biasa murah la sikit. Lupe plak berapa harganya. Ada beberapa jenis basikal yang ada di situ, basikal single utk org dewasa, basikal double ( yg leh ada dua org pengayuh tu), basikal kanak-kanak.
Bile dah dapat basikal tu apa lagi. Jom kita cycling.... Pusing-pusing taman tu naik turun bukit, lalu tepi tasik, sambil menghirup udara segar di pagi hari. Haaa seronoknyer. Bile part naik bukit tuh.. Adui, tak larat den nak kayuh.. Turun gak dari basikal menyorong.. Huhu. Bile turun dari bukit waaa best nyer. Laju nyer.. Hehe.
Kami x melepaskan peluang untuk ambik gambar di port2 yang dirasakan menarik.

basikal untuk disewa

Bunga seri pagi yang mekar dipagi hari



Selamat Datang- Ahlan Wa Sahlan


Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya "Raudatul Sakinah" yang bermaksud taman ketenangan. Sekadar berkongsi penulisan dengan anda semua.