Sukan IPGM-KPI
Pada 29 april 2009 bersamaan ari Rabu, Institut Pend. Guru Malaysia Kampus Pend. Islam (IPGM-KPI) Bangi telah mengadakan hari sukan yg dikenal sebagai Hari Kejohanan Olahraga Tahunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100 meter, lari 200 meter, lari 4x 100meter dan banyak lagi. Acara telah bermula lebih kurang seawal 7.30 pagi dengan dimulakan acara perbarisan dari setiap rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, hijau (rumahku, hehe), oren dan biru.
Saya telah terlibat secara langsung untuk aktiviti perbarisan ni, suka jugak aktiviti perbarisan ni, tapi yang tak laratnyer aktiviti nak berlatih. Tapi xper untuk menunjukkan persembahan yang baik, so kita kenelah berlatih dengan sebaik2nya. Kami tgk rumah biru menunjukkan formasi yang menarik, siap ponco-ponco depan pentas lagi. Depa juara perbarisan tahun lepas, jadi tak mustahil mereka akan menggondol gelaran itu sekali lagi.
Pada hari sukan tersebut, kami punya kostum agak unik, tema die ala2 orang asli gitu, haha, thanks pada yang myediakan kostum2 kami iaitu adik nazmi and team. Die jugak yang mengilhamkan utk decorate khemah rumah kami. Ilham2 tu leh laa dijadikan pnduan utk pegi sekolah nanti. Benda2 tu jugak yang kami akan buat bila ada sukan sekolah nanti. Huhu..
Tak sempat nak tengok acara2 sukan sampai abis, sebab ada kerja yang lebih penting untuk diuruskan. Ni gambar2 yang sempat di capture.. Layan...
KL Book Fair 2009
Pada ahad yg lepas bersamaan 19 april 2009, saya, mardiyah n juliana telah berkunjung ke pesta buku yang bertempat di PWTC. Seawal 8.30 pagi kami bertolak dari IPIS mengharapkan, tidak berlaku kesesakan semasa dalam perjalanan. Sesampai di komuter UKM kami mengalas perut yang kosong dengan sarapan. Selepas sesi makan2, kami membeli tiket untuk naik komuter, pada ketika itu, orang tidak begitu ramai. Tiba2 terdengar pengumuman yg mnyatakan bahawa komuter mengalami masalah di stesyen batang benar. Jadi kami mengalami keterlewatan untuk menaiki komuter. Apabila sampai shj komuter, didapati penumpang agak ramai. Jadi kene la berdiri. Separuh perjalanan baru la dapat duduk. Alhamdulillah... Ramai penumpang yg turun di stesyen putra termasuk la kami bertiga untuk pergi ke pesta buku.
Sesampainya di PWTC, kelihatan ramai orang tidak mengira peringkat umur.Bagi ibu bapa yang bekerja, cuti hari Ahad sebeginilah masa yang diluangkan untuk bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hari menjelang tengahari, pengunjung pesta buku makin bertambah. Kesesakan dapat dirasakan. Sejak semalam saya telah merancang buku apa yang saya hendak beli. Jd tidak la perlu mundar mandir memikirkan ape buku yg saya perlu beli semasa disana. Jadi kita dapat merancang perjalanan kite semasa "shopping' buku. Gambar2 ni suasana di PWTC....
Persembahan Kreatif
Pada 14 April 2009 bsamaan hari selasa, satu pementesan persembhan kreatif oleh guru pelatih pengkhususan Prasekolah telah diadakan di dewan besar IPGM-KPI. Antara persembahan yang telah diadakan ialah:
- Persembahan Boneka (Puppet Show)
-Wayang Kulit
-Gimrama
-Bercerita
-Tarian Tradisional Zapin
-Teater
-Pantomen
-Teater Muzikal
- Pergerakan Kreatif
Semua persembahan yang telah dipentaskan menarik minat dan menghiburkan semua audien. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam persembahan berkenaan. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat menjadi bekal kepada semua pelajar untuk bergelar sebagai guru.
- Persembahan Boneka (Puppet Show)
-Wayang Kulit
-Gimrama
-Bercerita
-Tarian Tradisional Zapin
-Teater
-Pantomen
-Teater Muzikal
- Pergerakan Kreatif
Semua persembahan yang telah dipentaskan menarik minat dan menghiburkan semua audien. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam persembahan berkenaan. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat menjadi bekal kepada semua pelajar untuk bergelar sebagai guru.
Persembahan wayang kulit
Subscribe to:
Posts (Atom)