Saturday, June 19, 2010 4 comments By: Eyan YanNa

Jelly Kelapa


Salam, jom try buat sendiri jelly kelapa... Mudah jer.. Hehe

Bahan:

2biji air kelapa muda ditambah dengan air sehingga 3000ml
1 peket serbuk jelly kelapa
1 cawan gula.

Cara:

1. masukkan air kelapa muda dan air ke dalam periuk.
2. didihkan di atas api, kemudian masukkan gula.
3. setelah mendidih masukkan serbuk jelly.
4. kacau sehingga serbuk jelly betul-betul hancur.
5. padamkan api, masukan jelly ke dalam acuan.
6. sejukkan
Wednesday, June 16, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Buah Melaka bersalut cookies

Hai sumer, biler bace nama N3 ni mcm pelik jer bunyi nyer kan? Yelah sepatutnya kuih buah melaka disalut dengan kelapa parut. Tapi disebabkan takde kelapa parut, dok golek-golekan kuih tu atas biskut yang saya hancurkan.. Mcm ni la rupe nyer.. haha


rasenyer not bad... hehe

Ungkep Ayam




Bahan-bahan:

Ayam yang dipotong
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 cawan air
2 batang serai yang diketuk

bahan yang ditumbuk:

1 biji Bawangbesar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji cili kecil
1 sudu besar jintan
1 sudu besar ketumbar


Cara:
Tumbuk semua bahan-bahan yang perlu ditumbuk.
panaskan minyak, dan tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama serai
masukan ayam, dan gaul rata
tambah air, kemudian tutup kuali dengan tudung periuk.
biarkan hingga masak, sekali sekala gaul sikit, takut hangit pulak.. hehe

SElamat mencuba :)
Tuesday, June 15, 2010 2 comments By: Eyan YanNa

Picnic di Teluk Batik

Salam semua.... Apa kabar? Sempena cuti sekolah ni kami sekeluarga sempat ber'picnic' kat Teluk Batik. Jom layan.... hehe


sesampainyer di teluk batik :)



pemandangan indah

mandi-manda kat pantai



sape nk naik kuda.... dewasa rm10 ek

saje tayang kek batik... sori comot sikit huhu


Sunday, June 13, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Puding Roti Bakar

Bahan-bahan:

6 keping roti
3 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara:

-Roti disapu mentega dan dipotong-potong, kemudian masuk dalam loyang yang telah disapu mentega.
-Pukul telur dan gula hingga kembang.
-Kemudian masukan susu cair dan tepung kastard kacau rata.
-Tuangkan adunan telur tadi ke dalam loyang.
-Biarkan roti kembang selama 10 minit
-Bakar selama 30 minit dengan suhu 180'C


tara..... jadi da, mintak maaf laa tak sempat potong, fresh dari oven :)