Thursday, April 30, 2009 By: Eyan YanNa

Sukan IPGM-KPI


Pada 29 april 2009 bersamaan ari Rabu, Institut Pend. Guru Malaysia Kampus Pend. Islam (IPGM-KPI) Bangi telah mengadakan hari sukan yg dikenal sebagai Hari Kejohanan Olahraga Tahunan. Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 100 meter, lari 200 meter, lari 4x 100meter dan banyak lagi. Acara telah bermula lebih kurang seawal 7.30 pagi dengan dimulakan acara perbarisan dari setiap rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, hijau (rumahku, hehe), oren dan biru.

Saya telah terlibat secara langsung untuk aktiviti perbarisan ni, suka jugak aktiviti perbarisan ni, tapi yang tak laratnyer aktiviti nak berlatih. Tapi xper untuk menunjukkan persembahan yang baik, so kita kenelah berlatih dengan sebaik2nya. Kami tgk rumah biru menunjukkan formasi yang menarik, siap ponco-ponco depan pentas lagi. Depa juara perbarisan tahun lepas, jadi tak mustahil mereka akan menggondol gelaran itu sekali lagi.

Pada hari sukan tersebut, kami punya kostum agak unik, tema die ala2 orang asli gitu, haha, thanks pada yang myediakan kostum2 kami iaitu adik nazmi and team. Die jugak yang mengilhamkan utk decorate khemah rumah kami. Ilham2 tu leh laa dijadikan pnduan utk pegi sekolah nanti. Benda2 tu jugak yang kami akan buat bila ada sukan sekolah nanti. Huhu..

Tak sempat nak tengok acara2 sukan sampai abis, sebab ada kerja yang lebih penting untuk diuruskan. Ni gambar2 yang sempat di capture.. Layan...



para peserta berlari.... waa rumah hijau, chaiyok2


penjaga masa yang setia


rumah hijau semangat, tak gentar digugat

6 comments:

silent reader~ said...

waduh, teringat mase sukan mase sekolah dulu... kt sini x dop pn sukan yg mcmni lg~ *kangen* huhu...

btw, x masuk ke acara 4 x 100m??? bukan ke itu acare fav kamu? ehehehe...

lavenderpurple said...

hang masuk ape ha?huhu

Eyan YanNa said...

to hasnah- ehh yeker acara fav ku hehe, leh nak lari, tp x tau arr dapat no berapa, huhu

Eyan YanNa said...

to laverderpurple- aku masuk acara perbarisan jer, almaklumlaa aku x pandai sgt bab2 sukan nih, perbarisan jer laa yg aku mampu join. hehe

khairi said...

ok la tuh..hehe...drp org yg x sertai langsung..huhu

lavenderpurple said...

igt hang masuk lari2 tu.huhu.leh kurus lg masuk lari2 tu.hehe