Saturday, August 28, 2010 1 comments By: Eyan YanNa

Puding Karamel @ Puding Gula Hangus

Salam sumer..
Arini wat puding karamel. Adik aku yang teringin, ari tu die nak beli kat bazar, aku kata esok aku wat. Lagi pun da try tgk my housemate (Kak Diba) wat puding nih. So giliran aku lak nak try. Actually dulu penah gak wat, adik2 aku kata bau telur laa. Tapi aku nak try lagi. mana tau kali ni menjadi. Hehe.


Bahan-bahan:

6 biji telur
1 sudu esen vanila
3/4 susu pekat
1 tin air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula untuk dihanguskan.

cara-cara:

-panaskan kukusan terlebih dahulu.
-hanguskan gula atas kuali, lepas tu masuk dalam loyang.
- selepas itu satukan telur + Susu pekat + air + tepung kastard + tepung jagung masukkan dalam blander. kalau nak pakai whisk je pn bleh.
-masukkan adunan dalam loyang tadi
-kukus dalam 45 minit.
-siap bleh di makan

Sunday, August 22, 2010 4 comments By: Eyan YanNa

Makaroni Simple


Salam, arini adik-adikku request nk makan spagetti utk berbuka. Tapi memandangkan kat umah ni ada makaroni. Kan spagetti n makaroni tu lebey kurang jer, adik beradik pasta. Memula aku tanya diorang. Diorang kate ok bleh jugak. Ingat nak wat makaroni goreng jer. Tapi diorang nak makan ngan kuah spagetti. So wat jer..

Bahan-bahan:

- 250 gram makaroni
-1/2 peket ayam kisar (jenama ramlee)
-1 biji bawang besar
-2 biji tomato
-1/2 batang karot
-1 sudu makan cili kisar
-1 cawan sos cili
-minyak untuk menumis
-1/2 cawan air
-garam secukup rasa

cara:
-rebus makaroni hingga kembang, da masak toskan.
-untuk buat sos, tumis bawang naik bau, masukkan cili kisar.
-masukkan ayam kisar, tomato n karot, sampai masak
-masukkan sos cili, air sikit biar sampai mendidih.
-siap... bley makan..
Saturday, August 21, 2010 2 comments By: Eyan YanNa

Puding Kastard Berkuah


Semalam kami (aku dan kak diba) berbuka kat umah kak hani and umah kak izan. Menu berbuka kami mee kari and puding kastard berkuah. Mee kari tu kak hani n kak izan yang buat. Sedap sangat sehingga menjilat sudu garpu. hehe. Tapi gambar mee kari tak sempat nak snap, huhu.
Pastu aku ngan kak diba wat puding. Aku tukang kacau2 jer.. Hehe. Meh nak share resepi. Jom la try buat. Best...

Bahan-bahan:

a) Puding
-Tepung kastard 1 cawan
-Air 1200 ml
-Susu pekat 2 sudu
- garam 1/2 sudu

b) Sos kastard
-Susu segar@ susu cair 400ml
-Air 200ml
-Air koktail 200ml
-Gula 200grm
-Kuning telur 1 biji
-Esen vanilla 1 sudu
-Tepung kastard 2 sudu

Cara:

a)Puding
-Masukkan semua bahan
-Tapis
-Masak api sederhana sampai pekat
-sedia acuan
-masukkan buah
-tuang adunan kastard
-masuk dalam peti sejuk

b)Sos Kastard
-masukkan semua bahan
-masukkan fruit koktail
-masak atas api
-kacau sampai likat
-masukkan dalam peti

Selamat mencuba (^_^) V
Sunday, August 15, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Tempe Celup Tepung


Resepi ni sumber daripada kawan mak saya, Cikgu Hasnah. Emm sedap kalu makan panas-panas cicah dengan sos cili...

Bahan2:

2 keping tempe.
1 biji bawang besar
1/2 sudu makan ketumbar
1/2 sudu makan jintan
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
air putih secukupnya
garam secukup rasa
sedikit kunyit
minyak untuk mengoreng

Cara2:
- Hiris tempe jangan tebal sgt. Kemudian ketepikan.
- Tumbuk bawang, ketumbak dan jintan.
- Campurkan bahan yang ditumbuk ke dalam tepung gandum dan tepung jagung.
-masukan air, gaul hingga sebati.
-panaskan minyak, celup tempe dalam adunan tepung kemudian goreng.
Saturday, August 14, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Bazar@ Sabak Bernam

Pada petang sabtu, kami sekeluarga pegi ke Sabak. Ingat nk pi klinik.. Tapi tutup lak... So kami pi la bazar ramadhan kat sabak. Masa tu tak pukul 4.00 petang lagi. Orang tak ramai lagi masa tu. So bleh membeli tanpa perlu kene que panjang2 yeye...

Jom jenguk apa yang ada kat bazar ramadhan sabak bernam nih..






Banana pancake

Bahan-bahan :

Dikisar terlebih dahulu:
5 biji pisang
1 biji telur
2 sudu besar gula
sedikit garam

6 sudu makan tepung gandum

Cara:
-Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar.
-Setelah itu, masuk dalam bekas,
masukan tepung sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
- panaskan kuali, letakkan sedikit minyak, masak dengan api kecil.

yang itam2 tu saya letak kismis



banana pancake @ lempeng pisang
Friday, August 13, 2010 0 comments By: Eyan YanNa

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan dah tibe lagi, selamat berpuasa pada semua. Mudah-mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah...
Tahun ni tahun pertama saya berpuasa kat sekolah. Melihat gelagat anak-anak murid yang berpuasa, macam-macam... Ada yang lemah longlai... Kesian diorang, terutamya tahun satu, yang baru mula nak belajar berpuasa. Masuk2 kelas diorang jer, ramai mengeluh lapar dan dahaga. Mana yang tak puasa nampak aktif ajer, hehe Takper lah perlahan-perlahan belajar berpuasa...

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

sumber:

http://ustazazhar.com/v1/hadith/kelebihan-bulan-ramadhan.html