Saturday, August 21, 2010 By: Eyan YanNa

Puding Kastard Berkuah


Semalam kami (aku dan kak diba) berbuka kat umah kak hani and umah kak izan. Menu berbuka kami mee kari and puding kastard berkuah. Mee kari tu kak hani n kak izan yang buat. Sedap sangat sehingga menjilat sudu garpu. hehe. Tapi gambar mee kari tak sempat nak snap, huhu.
Pastu aku ngan kak diba wat puding. Aku tukang kacau2 jer.. Hehe. Meh nak share resepi. Jom la try buat. Best...

Bahan-bahan:

a) Puding
-Tepung kastard 1 cawan
-Air 1200 ml
-Susu pekat 2 sudu
- garam 1/2 sudu

b) Sos kastard
-Susu segar@ susu cair 400ml
-Air 200ml
-Air koktail 200ml
-Gula 200grm
-Kuning telur 1 biji
-Esen vanilla 1 sudu
-Tepung kastard 2 sudu

Cara:

a)Puding
-Masukkan semua bahan
-Tapis
-Masak api sederhana sampai pekat
-sedia acuan
-masukkan buah
-tuang adunan kastard
-masuk dalam peti sejuk

b)Sos Kastard
-masukkan semua bahan
-masukkan fruit koktail
-masak atas api
-kacau sampai likat
-masukkan dalam peti

Selamat mencuba (^_^) V

2 comments:

Nooreena said...

Sedapnya! Nak buat la pasni. Hehe. :D

Eyan YanNa said...

try laa :)